Templates by BIGtheme NET
Home / Berita / Berita Lokal / Khilafah Akan Mengangkat Perselisihan Di kalangan Umat

Khilafah Akan Mengangkat Perselisihan Di kalangan Umat

jamil-khirJamil Khir beri amaran jangan tentukan sendiri tarikh raya

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kerajaan mengingatkan kepada mana-mana pihak supaya jangan sesuka hati menentukan sendiri tarikh menyambut 1 Syawal.  Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan memantau perkembangan tersebut supaya tidak ada lagi pihak yang mempermainkan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri.   ‘‘Majlis Raja-Raja sahaja yang bertanggungjawab menentukan 1 Syawal berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  Beliau diminta mengulas mengenai sembilan individu ditahan pagi semalam oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah surau di Seriab, Kangar, selepas didapati meraikan Aidilfitri sedangkan tarikh 1 Syawal belum diumumkan lagi.  Jamil Khir berkata, sikap segelintir umat Islam seperti ini amat mendukacitakan kerana telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

‘Malah individu ini juga telah melakukan perkara yang haram kerana jumlah hari berpuasa umat Islam baru masuk hari yang ke-26,’’ katanya.   Sehubungan itu, katanya, setiap jabatan agama negeri masing-masing diminta memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa depan.   Tambah Jamil Khir, kejadian tersebut berlaku kerana ia berkaitan dengan wujudnya kumpulan ajaran sesat.   Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya jangan sesekali terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat atau individu yang bertindak menentukan tarikh Aidilfitri.   Beliau berkata, umat Islam perlu patuh dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja supaya sambutan Aidilfitri di negara ini berjalan dengan lancar dan aman. 

Sumber: Utusan Malaysia 10/09/2010

Khilafah Akan Mengangkat Perselisihan Di kalangan Umat

Sekali lagi umat Islam di seluruh dunia merayakan hari raya dalam hari yang berbeda. Ada yang berhari raya pada Khamis, Jumaat malahan Sabtu. Kali ini di Malaysia kita dikejutkan oleh sebuah kumpulan, Jamiah Al-Zikri Awwalun di Perlis yang telah jauh lebih awal merayakan hari raya iaitu pada hari Rabu 08 September 2010. Perbedaan ini seharusnya membuka mata seluruh dunia Islam betapa mendesaknya umat Islam hari ini memerlukan Khilafah sebagai wadah kesatuan yang syar’i. Sebuah kesatuan politik yang akan menyatukan seluruh negeri umat Islam yang terpecah belah disebabkan oleh sempadan ashobiyyah yang diciptakan oleh kuffar Barat.  Di bawah kesatuan ini, Khalifah mempunyai hak untuk melakukan tabanni terhadap hukum-hukum syarak dan mewartakannya menjadi undang-undang Daulah yang mengikat seluruh rakyat.

Tabanni ini dilakukan oleh Khalifah jika terdapat persoalan khilafiyah dalam hukum syarak hasil dari ijtihad yang berlaku di kalangan mujtahid. Ketika Khalifah memilih salah satu pendapat, rakyat wajib mentaatinya sehinggalah perbedaan pendapat tidak ada lagi. Kaedah fiqih menyebutkan : Amru al-imam yarfa’u al-khilaf fi al-masa`il al-ijtihadiyah (Perintah Imam/Khalifah menghilangkan perbedaan pendapat dalam masalah-masalah jtihad/khilafiyah). [M. Khair Haikal, Al-Jihad wa al-Qital fi as-Siyasah al-Syar’iyah, III/1797; M. Shidqi al-Burnu, Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyah, I/268].

Namun jika khilafiyah itu terjadi dalam masalah-masalah ibadah, seperti solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat, solat Subuh dengan qunut ataupun tidak, hukum dasarnya ialah Khalifah tidak mentabanni perkara-perkara ini. Maka kaum Muslimin, misalnya, tidak diwajibkan bersolat dengan solat mazhab yang dipegang oleh Khalifah, seperti dalam jumlah rakaat solat tarawih ataupun pengamalan qunut dalam solat Subuh dan begitulah seterusnya.

Ada dua alasan mengapa Khalifah tidak melakukan tabanni dalam masalah hukum ibadah yang termasuk di dalam persoalan khilafiyah. Pertama, kerana ianya tidak sesuai dengan fakta tabanni itu sendiri, mengingatkan bahawa tabanni hanya berlaku dalam perkara yang melibatkan interaksi antara sesama manusia sahaja, misalnya dalam hukum muamalah dan uqubat, bukan pada interaksi antara manusia dengan Allah SWT. Kedua, kerana tabanni dalam masalah ibadah akan menimbulkan rasa sempit (haraj) di kalangan umat. [Mahmud al-Khalidi, Qawa’id Nizham al-Hukm fi al-Islam, hal. 357]. 

Namun begitu, ini bukan bererti haram hukumnya Khalifah mentabanni persoalan ibadah cuma adalah lebih baik bagi Khalifah untuk tidak mentabanni persoalan ibadah. Kalau Khalifah mentabanni hukum ibadah, hukumnya boleh, tidak haram. Imam Nawawi berpendapat boleh hukumnya Khalifah mentabanni hukum ibadah. Ini adalah seperti yang diungkap oleh Imam Suyuthi bahawa Imam Nawawi menyatakan,”Kalau Khalifah memerintahkan umat untuk berpuasa sunat tiga hari dalam rangka istisqa (minta turunnya hujan), umat wajib mentaati perintahnya.” [Imam Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir, hal. 527].

Mentabanni hukum ibadah akan menjadi wajib bagi Khalifah jika ia terkait dengan kesatuan umat dan kesatuan negara yang wajib dijaga oleh Khalifah. Jadi meskipun hukum dasarnya Khalifah tidak wajib mentabanni dalam persoalan ibadah, namun demi  menjaga kesatuan umat dan kesatuan negara, Khalifah akan mentabanni beberapa hukum ibadah, seperti penentuan waktu ibadah haji, penentuan awal Ramadhan, dan penentuan Idul Fitri dan Idul Adha. [Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, hal.21].

Maka dari itu, meskipun penentuan awal dan akhir Ramadhan merupakan masalah khilafiyah, Khalifah yang akan berdiri nanti akan mentabanni hukum dalam masalah ini. Yang pasti, pendapat yang ditabanni adalah pendapat yang kuat (rajih) yang sejalan dengan mengekalkan kesatuan umat dan kesatuan negara. Jumhur ulama mewajibkan penggunaan rukyatul hilal (bukan hisab) bagi seluruh dunia. Wahbah Az-Zuhaili mengatakan bahawa ,”Pendapat jumhur inilah yang rajih menurut saya, untuk menyatukan ibadah kaum Muslimin dan mencegah perbedaan pendapat yang tak dapat diterima lagi di masa sekarang.” [Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/610, Ahmad bin Muhammad Shiddiq al-Ghumari, Taujih al-Anzhar li Tauhid al-Muslimin fi al-Shaum wa al-Ifthar, hal.19].

Jadi ketika Khalifah untuk kali keduanya nanti melakukan rukyah, hasil rukyah itu akan diwartakan secara global kepada seluruh umat Islam. Hal ini ditegaskan oleh Imam Al-Maziri ketika mensyarah hadis-hadis Shahih Muslim tentang rukyatul hilal. “Jika hilal telah terbukti oleh Khalifah maka seluruh negeri-negeri Islam wajib merujuk kepada hasil rukyah itu…sebab rukyah Khalifah berbeda dengan rukyah dari selain Khalifah. Ini kerana seluruh negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahannya dianggap sebagai satu negeri.” [Imam al-Maziri, Al-Mu’allim bi Fawa`id Muslim, Tunis : Ad-Dar At-Tunisiyah, II/44-45]. 

Lihat juga SN092 – RUKYAH DAN HISAB – MATLA’ SYAR’IYYAH ATAU MATLA’ ASSABIYYAH?

Facebooktwittergoogle_pluspinterestlinkedinmail
youtube